Syarikat pemula UPM raih pengiktirafan tertinggi UNESCO di Busan
Syarikat pemula Universiti Putra Malaysia (UPM), MyRimba Sdn. Bhd., mengharumkan nama Malaysia apabila menerima pengiktirafan tertinggi Star of Outstanding pada program World Heritage Education Towards the Future – Innovation of and for Young People sempena Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO Ke-48 (48th Session of the World Heritage Committee – WHC48) di Busan, Republik Korea.