PTPKM Terima Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » PTPKM Terima Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri

PTPKM Terima Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri

 

 

 

Oleh: Zarith Sofea Ibrahim

 

Foto oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

PUTRAJAYA, 4 Jun – Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) telah menerima lawatan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan meninjau pelbagai inisiatif dalam memperkukuh keupayaan keselamatan maklumat dan digital negara.

 

 

YAB Perdana Menteri turut menandatangani plak lawatan rasmi PTPKM sebagai simbolik kunjungan yang mencerminkan sokongan berterusan kerajaan terhadap pembangunan teknologi kriptologi dan keselamatan siber.

 

 

Antara yang dipamerkan termasuk demonstrasi keberhasilan teknologi berkaitan migrasi Post Quantum Cryptography (PQC), inisiatif berkaitan kecerdasan buatan (AI) serta Pelan Migrasi PQC Kebangsaan 2025–2030 yang menyokong usaha memperkukuh ekosistem keselamatan digital negara.

 

 

Program tinjauan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan pembangunan teknologi kriptologi dan keselamatan siber negara.

Date of Input: 04/06/2026 | Updated: 04/06/2026 | zarithsofea

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
X, (12:26:53am-12:31:53am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]